Seperti yg dijanjikan, hari ni aku nak menulis pasal lawatan kerja aku ke Arusha, Tanzania.
Kami bertolak dari KLIA pukul 12 pagi 29 September 2009. Rombongan Malaysia ni pecah2. Aku ikut sekali dgn rombongan Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Datuk Ronald Kiandee. Turut sama ialah Datuk Roosme, SU Dewan Rakyat, Syazwan, officer Parlimen & Ayu, SUSK Datuk Ronald.
Route perjalanan ialah dari KL ke Dubai. Dubai ke Nairobi, Kenya. Dari Nairobi ke Kilimanjaro, Tanzania. Hangpa besa dengar kot Banjaran Kilimanjaro, kalo hangpa belajaq Geografi laaa kan…
Tiba di Dubai lebih kurang 2:45 pagi waktu tempatan (waktu Malaysia dalam 7:45 gitu). Ketibaan kami disambut oleh MALAWAKIL di Dubai, Tuan Syed Hasrin. Peeehhh.. datang dgn org kehormat kan. Kelebihan pon mcm org kenamaan la gak.. orang lain kena ikut kaunter mcm biasa. Kami ikut jalan lain. Siap dijemput dgn bus lagi.. hehe..
Tuuu dia punya nalla bilik kat Dubai..
Transit di Dubai lebih kurang 6 jam. Dalam masa 6 jam, kami check in hotel di airport jek. Namanya Dubai International Hotel. Class seh hotel kat Dubai. WiFi ada.. (WiFi airport punya). Kami bukan tidoq sgt pon… tidoq2 ayam jek….
Dari Dubai, kami bertolak lebih kurang jam 1045 pagi. Perjalanan ke Nairobi ambik masa lebih kurang 5 jam. Tiba di JomoKenyattaInternationalAirport pada jam 3:45 ptg. Ketibaan kami kat Nairobi disambut oleh MALAWAKIL kat sana, Mr. Hiew.
Airport Nairobi. Jgn confuse plak ada mosque & prayer room. Mosque utk muslim, prayer room utk Kristian laaa...
Memandangkan flight ke Kilimanjaro adalah kul 5:30 petang, kami dok melepak saja di lounge yang dah disediakan utk kami. Dari Nairobi ke Kilimanjaro, kami naik kapal terbang kecik ja. Tp abang daripada Fokker laaa beb. ATR namanya. Maka sampai laaa kami di KilimajaroInternationalAirport jam 6:30 petang. Suasana dah malam laaa kat sini. Gelap gulita. Huhuhu… Tp, hangpa jgn terkejut plak.. Arusha nie sebenarnya kawasan tanah tinggi. Jadi, temperature mmg sedap… ala2 CameronHighlands gitu….
Nii la plane yg merupakan "abang" kpd Fokker tu!! Nasib xgayat mcm yg digambarkan!! huhuhu...
Perjalanan dari airport ke Arusha ambik masa 1 jam. Lepas settle luggage, kami naik bus lebih kurang jam 7:30 malam. Sampai laaa di Arusha Corridor Spring Hotel jam 8:30 malam.
Bilik hotel. Hangpa jgn main2 tido katil ada kelambu!! Takut nyamuk punya pasal!!
Kedatangan kami di hotel disambut oleh En Ibrahim, staf di Kedutaan Malaysia di Kenya, dan juga En Iskandar, staf UN yg kebetulan bertugas di Arusha.. Peeehhh!! Selamat ada orang Malaysia kat sini…
Perut dah lapo… jadinya, En Iskandar bawak ler kami menikmati kebab & tandoori yg sangat sedap. Khan's Kebab namanya. Pagi dia meniaga spare part kereta. Malam dia bukak bisnes makan2… memang sedap… aku yg tgh dok ulser mulut pon belasah satu macam ja….
Peehh.. Nie baru side dish kebab!!
Tuu dia roti naan... ada bijan sket. Yg paling dekat nie, mcm murtabak kita la...
Haaa.. Yg ni plak kambing kebab... Ya Allah... Xtipu laaa beb.. bapak sedap!!
Ayam tandoori... Aku sorang dah 5 ketul.. Camno YB lain nak makan?? Haha...
OK… nanti sambung lagi cerita seterusnya…. Adios!!
Hari Selasa lepas, staf Parlimen dah dijemput oleh KL
Convention Centre utk sesi berbuka puasa(sebenarnya food tasting) di Dewan
Bankuet diorang. Parlimen akan menganjurkan satu event di KLCC nanti. So, utk
tujuan tu, depa bagi la kami satu sesi utk merasa masakan diorang.
Time dah berbuka, kami tgh sedap dok layan kambing, daging
panggang bagai, ternampak la manager mat salon bagi F&B KLCC ni dok layan tetamu. Ami,
member aku perasan manager tu. “Tu org putih dok layan dari satu meja pi satu meja tu,
Peter nama dia. Kami dok discuss dgn dia laaa memula datang haritu.”
Sampai laaa Encik Peter ke tempat kami. Kami memperkenalkan
yg kami dari Parlimen Malaysia..
Peehhh!! Dgn begitu beria2 dia sambut kitorang… “Ooowww… so you are form Parliament ya?? Thank
you for your support… so how’s the food?”
Ami lidah mcm omputih sket. So dia laa yg cakap banyak (muka
ja mcm org Perlis!! Hahaha!!)… “Very delicious… good cooking, but we’re full already,”
Ami menggorma.
“Oww… nevermind… do not push yourself…. First, you go jalan2 dulu, and after your prayer, you
come back and continue, OK??” Dengan penuh adab2 tarbiah, beliau
menasihatkan kami cara2 nak makan dgn banyak… hahaha…
Peeehhh… mula muka sorang terkulat2…. After your prayer??Peehhh… Mat Salon niii… bukan stok muka gelap Jawa Klang. Huhuhuhu…. Mula laaa
nak termalu2…. Itu jam aku mula jadi tukang sampuk…..
“Ahhaa!!… sounds a good idea..” (kemudian aku dok
terpikir2 betui ka ayat aku tu???!! Itu laa masalah aku, dgn omputih, mmg aku
kantoi nak speaking. Kalo dgn pak Arab, org Afrika, org Korea, aku tapau abeh!!).
Setelah tarbiah yg berkesan, bangkit laa kami sorang2 ke
surau yg terletak sebelah ajo… Mmg pemaleh taik laaa kome kalo xsemayang…!! Huhuhu….
Terima kasih utk En Peter…!! :p
Mengamuk sudah rakyat Indonesia dengan negara Malaysia. Isunya
kerana kesilapan Discovery Channel mempromosikan tarian Pendet Bali sebagai
tarian budaya daripada Malaysia.
Akibatnya, dilancarkan satu
gerakan “Benteng Demokrasi Rakyat” menggerakkan kempen mengusir rakyat Malaysia dalam satu insiden di Jalan Diponegoro,
Jakarta. Kenderaan
yang melalui jalan itu diminta menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan
mereka rakyat Indonesia.
Jika rakyat Malaysia,
sama ada dihalau ataupun boleh jadi dibedal sampai pecah muka.
Aku dah tengok loratnya rakyat Indonesia sampai nak menghalau rakyat Malaysia. Ada pertubuhan NGO yang
menaungi kempen itu. Memang bersemangat nampaknya atas nama perpaduan bangsa Indonesia.
Sekarang aku dok tunggu2
keberanian kita mencabar mereka pula. Umum tahu terdapat sejuta lebih rakyat Indonesia masuk
ke negara kita sama ada melalui jalan halal mahupun jalan haram. Tunjukkan pada
Indonesia,
bukan mereka sahaja boleh menghalau rakyat kita, malah kita juga boleh
menghalau rakyat mereka.
Aku nak tengok keberanian “menghalau”
mereka itu datangnya daripada NGO bertaraf pembela bangsa seperti PEWARIS,
PPIM, PERSAKA, PEKIDA, BBPM.. bla..bla..bla.. Biar diorang kecut perut tengok
kegarangan kita. Biar terkeluar isi perut mereka dengar makian lucah kita… Biar
orang bersongkok tinggi yang jadi tukang ugut dan pembakar semangat perjuangan
kita…. Jihad untuk negara!!
Takkan berani bukak gelanggang
silat sebelah kuil saja. Takkan berani tunjuk samseng dengan Menteri Besar
saja. Takkan berani usung dan pijak kepala lembu saja….
Soalnya, adakah semua itu
menggambarkan sifat2 seorang Islam sejati?? Adakah pergaduhan sebegini
membangkitkan semangat jihad dan perjuangan syahid?? Tepuk dada, tanyalah hati…
Kepada warga Indonesia dan warga Malaysia… kita ni satu rumpun. Hangpa
nak gaduh banyak2 pun, beringat sama laaa yang duit dari Malaysia nie la dok tolong bantu rakyat hangpa
kat sana. Bukan
kecik anak depa yang dok keje kat sini. Yang orang kita ni plak, jangan rasa
besar diri sangat.. beringat laaa yg umah batu kita duduk nie, depa laaa para
tukangnya… kalo x, sapa nak buat umah korang?? Nak harap orang kita, keje nak
rilek, tapi gaji nak banyak!!! Mana nak keje sampai pecah tangan!!
Elleh... Samseng abeh laaa tuuu ikat kepala mcm rambo!! Tu yg jaket tu larat ka nak angkat buloh?? perut pon boroi semacam!!
090909…. Hmmm… kalo sebelum ni,
070707 bese dgr org buat kenduri kawen… 080808 bese dgr org wat kenduri…. Tahun
ni plak… haaaa!!! Sapa yg teringin nak kawen time bulan posa ni?? Hahaha… org
suh pantang2.. hangpa pi menggatai nak kawen noooo!!! Hahahaha…
Tp, mesti kat Pejabat JPN,
Bahagian Pendaftaran Kahwin dan Cerai akan banyak pasangan bukan Islam yg akan
pi register perkahwinan depa hari ni… jenuh laaa JPN nak layan sampai petang ni…
hehehe…
Tahniah ler aku ucapkan kepada “Spiderman”
dari Perancis – Alain Robert yang dahpun berjaya menawan Menara KLCC lebih
kurang pukul 8 pagi tadi. Dia mula memanjat seawal subuh, sebelum jam 6 pagi
dan berjaya berdiri atas pinnacle menara KLCC tu 2 jam berikutnya.
Masuk kali ni, dah 3 kali dia cuba panjat
KLCC tu, tapi berjaya ditahan pegawai keselamatan sebelum sampai ke puncak. Kali
ni, dia lagi cerdik; pakai baju gelap, seluar jeans, naik plak di awal pagi,
jadi orang pon xperasan yg dia dok panjat menara time tu.
Biaq pi la orang kata dia gila. Tapi,
kalo hangpa rajin ambik pengajaran, yakinlah hangpa bahawa dgn idea dan iltizam
yg tinggi, insyaAllah hangpa akan dapat apa yang dihajati. Tp, kalo Alain Robert
ni panjat bangunan, lps tu jatuh dan mati, huhuhuhu.. sori laaa!! Mati kering
laaa beb!!
Peeehhh!! Berani nampak... Lalu burung gagak berak atas kepala, geli2
sket, pehtu jatuh tergolek dog tepi kolam KLCC, baru padan muka!!
Hari ni aku nak kritik bangsa aku sendiri. Bangsa lain, depa punya pasal… "Bagi aku, agama aku. Bagi kamu, agama kamu!!"
Semalam ada demonstrasi bantah pembinaan kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Demo yang diadakan di depan Bangunan SUK, Shah Alam tu menjadi kontroversi kerana perarakan membawa kepala lembu, kononnya menyindir pemimpin yang menjadi "lembu dicucuk hidung".
Demo tu dah bagus… sebab depa buat secara aman. Tapi, yg tak sedapnya, awat yg hangpa pi menghina agama orang lain tu dgn kepala lembu tuuuu wei?? Ni la perangai orang Melayu, ni bukan perangai orang Islam!!! Islam tak pernah ajar umatnya menghina agama lain, walaupun jelas dan nyata kebenaran Islam tu.
Kita kata, semua perbuatan nie disebabkan provokasi melampau bukan Islam sejak kebelakangan ni…. Come on laaaa…. Kalo depa terjun lubang taik, hangpa nak terjun gak ka?? Kalo depa bunuh diri, hangpa pon nak bunuh diri?? Kalo depa mabuk todi, hangpa pon nak cuba2 mabuk brandi?? Ada Allah ajar kita melampaui batas?? Cuba laaa jadi Islam sejati, bukan Islam plastik bang oiiii!! (mcm pernah dengar jek ayat ni… huhuhu)
Ingat… kita hina agama orang, orang akan balas lagi teruk!!
Ni betui punya takdak akhlak!! Jangan laaa dok tunjuk samseng jadi Melayu tu… Tak bawak pi syurga oiii!!
Semalam aku nak isi minyak kat
stesen minyak Shell Seksyen 16, Shah Alam. Kebetulan sebelum turn aku, ada
sorang brader bawak motor Yamaha LC tgh isi minyak. Tukang tuangnya, pekerja
Shell dari bangla kot. Mesin minyak Shell nie xbleh set berapa ringgit kita nak
isi. Jadi pekerja tu tepaksa agak2 sendiri utk bubuh minyak.
Sekali tu, sampai kat RM 4.99.
Alih2, mamat bangla tu letak nozzle ke tmpt asal. Tercengang bro motor tu.
Bro moto
LC: Saya mintak RM 5. Ini baru RM 4.99. lagi 1 sen.
Bangla:
Tak boleh!! Ini machine xbleh cukup RM 5. Nanti taruk mesti lebih!!
Muka brader tu dah bengang.
Bangla tu tambah lagi, “itu kalo encik tuang lebih 1
sen kita tarak kira punya!! Ini 1 sen pon itu macam serupa!!”
Jawapan bangla tu bagi, buat aku
plak yg hangin. “Apsal you xset machine ni RM5?”.
Bangla tu ulang la jawapan dia, “itu you tarak dengar
tadi.. saya kata ini machine dulu boleh set. Sekarang tarak boleh set…”
Aku balas, “ah!! You punya machine koman.. itu stesen lain semua boleh
buat…. Boleh saja isi ngam2 RM 5.”
Bangla:
Itu macam kalo mao komplen banyak2, kasitau sama tokey di dalam…. (bese la, mcm
cerita budak2, dah agak2 nak kena pukul pi panggil bapak tolong pukul budak
sorang lagi!)
Aku:
Apa?? Nak panggil tokey?? You pi la panggil… ini kes kalo repot dgn Tribunal
Pengguna you confirm kalah!! Sah2 you tak fulfill customers’ right.
(Nampak muka bangla tu blur bila
aku cakap pasal Tribunal Pengguna. Aku ulang balik ayat aku tadi)
Aku:
Encik, kes ini, Kalo saya report kepada Tribunal Pengguna, report you jual RM
4.99 walaupun kami mintak RM 5, dgn you, tokey you, semua nanti kena bayar
compensation!! You cakap senang la 1 sen saja. You baru buat kat sorang
customer, kalo you dapat buat seribu customer, berapa banyak you bleh untung
ini macam!!
Pertelagahan tu menarik minat 4-5
org utk dgr dgn dekat. Mcm jadi pejuang rakyat plak aku semalam!!
Bangla:
Abang, ini macam. Kalo you boleh isi ngam2, nanti you xpayah bayar sama saya!!
Aku:
You tokey ka bleh jamin macam ni?? OK!! Boleh… RM 6. saya isi.. you tengok!!
Brader
motor belakang: Xpe bang.. bubuh, nanti saya tolong adjust2 dekat nak sampai RM
6. (haha!! Lawak sungguh!!)
Isi la aku minyak tu. Sekali aku
plak sampai kat RM 5.99. Sket jek nak adjust. Punya laaa aku picit pelan2
trigger nozzle tu…. Hasilnya!!
“RM 6.01”
Cis… cerempet sungguh!! Malu nih!!
Camno aku nak cover??!!
Aku:
Haaa… berapa?? RM 6.01… ini 1 sen you kira kan?? Ok …. Saya xda 1 sen. Saya kasi 10
sen. Nanti bankrupt you punya tokey.
Aku
(dengan ketat): Ah… ambik… ambik….!! Nanti tokey you bankrupt!! Tapi, satu saja
saya pesan. Lain kali, fulfill customers’ right dulu. Orang mintak RM 6, kasi
RM 6. Jangan kasi kurang 1 sen. Kalo dah lebih, itu you punya hak laa. Mau dia
bayar RM 6 ka, kena tambah 1 sen ka.
Bangla:
Sorry encik ya… Lain kali saya dgr encik punya cakap. (bertuah laaa nak dgr
cakap… tgk la nanti 2-3 hari lagi aku try pi stesen tu tgk apa nak jadi!!)
Lama dah pakcik dok tunggu benda ni… akhirnya berjaya jugak!!
####################################
ENCIK MOHD IKRAM BIN SERI @ RAHIMI
NO. K/P: XXXXXX-XX-XXXX
Tuan,
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah bersetuju meluluskan pengesahan dalam perkhidmatan tuan sebagai PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 mulai 23 November 2008.
2. Oleh kerana tuan telah tidak bersetuju memilih skim KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA, maka dengan itu tuan kini tertakluk di bawah Skim Pencen mengikut Akta Pencen 1980 (Akta 227). Ketua Jabatan tuan bertanggungjawab mengemukakan perakuan pemberian taraf berpencen tuan kepada Suruhanjaya ini setelah tuan menggenapkan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tidak kurang 3 tahun mengikut peruntukan Seksyen 7 Akta yang sama.
3. Semoga tuan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.
Orang Melayu suka berurusan dgn
bomoh. Itu pasal macam2 istilah pelik yg selalu kita dengar; santau, pengasih,
guna2, saka, sihir, bla..bla..bla..
Nak bagi bertemu jodoh, pi mandi
bunga. Nak bagi kena nombor ekor, pi menurun kat tok pekong, nak bagi muka
nampak cantik, pi tanam susuk, nak bagi tanaman xdicuri orang, pi bela hantu
raya.
Sampai nak tgk barang sendiri yg
dah dicuri pon kita mintak bantuan dgn tok moh. Bila pi tanya tok moh, dia siap
cakap si polan polan nie yg kaki curinya. Lagi la kita menyirap dibuatnya.
Kalo dah hilang barang tu, biar
jek la… xyah la pi tanya lagi kat sapa2. Pi berdoa jek laaa kat Allah Taala,
kot2 dibukakan hati org yg cilok barang kita tu pulangkan semula.
Waktu dok sekolah di SM Sains
Selangor dulu, aku pernah hilang barang2 nie. Jgn memain, hilang walkman
Panasonic. Mahal tu aku beli kumpul2 duit raya yg org bagi. Pueh laa pi tanya kat
member2, kot2 tau sapa yg curi.
Satu hari, kira hari terakhir
sekolah. Ada sesi
bermaaf-maafan laa kat surau. Aku dah xtahan dolat sgt, aku ambik mic surau, tanya
kat semua budak sekolah aku. Memang sah2 xdak sapa nak mengaku. Itu jam ler aku
keluarkan perkataan berapi pd sesapa yg mencuri tu. “Xpa lah kalo korang xmo pulangkan walkman aku
tu… Apa2hal, nanti kita jumpa di sana,…… di Padang Mahsyar!!”
Huhuhu… memang, rupanya kaki
cilok tu berniat nak jumpa aku kat Padang Mahsyar gamaknya!! Tapi, bila dah
besar ni, rasa mcm xcerdik gak cakap mcm tu. Aku pon tarik balik ler kata2 aku
tu. Kita pulang kat Allah laa nak tentukan apa jadi kat kaki pencopet tu…
huhuhu…