Wednesday, August 19, 2009
Yang Kunjung Tiba Akhirnya

Yeeeaaahhhh!!! Akhirnya!!!

 

Lama dah pakcik dok tunggu benda ni… akhirnya berjaya jugak!!

 

 

####################################

 

ENCIK MOHD IKRAM BIN SERI @ RAHIMI

NO. K/P: XXXXXX-XX-XXXX

 

Tuan,

 

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

 

Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah bersetuju meluluskan pengesahan dalam perkhidmatan tuan sebagai PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 mulai 23 November 2008.

 

2. Oleh kerana tuan telah tidak bersetuju memilih skim KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA, maka dengan itu tuan kini tertakluk di bawah Skim Pencen mengikut Akta Pencen 1980 (Akta 227). Ketua Jabatan tuan bertanggungjawab mengemukakan perakuan pemberian taraf berpencen tuan kepada Suruhanjaya ini setelah tuan menggenapkan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tidak kurang 3 tahun mengikut peruntukan Seksyen 7 Akta yang sama.

 

3. Semoga tuan akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

 

Saya yang menurut perintah,

 

t.t

Bahagian Perkhidmatan

b.p Setiausaha

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaysia

 

 

####################################

 

Posted at 02:41 pm by Bang Am

Angah
November 9, 2009   03:21 PM PST
 
Macam mana nak apply jadi Pegawai Tadbir & Diplomatik ni? Mintak tolong ajorkan - TQ -
bang am
September 1, 2009   03:22 PM PDT
 
itu laa aku tanya dgn bos aku, tarikh 23/11 tu xsignificant langsung. tp dia pon xdak idea... huhuhu. yeeaahh.. apalaga!! lps ni pecah kepala dgn PTK plak laaa!!
dihar
August 30, 2009   04:54 PM PDT
 
apesal ko nyer 23 november 2008???... aku nyer 3 februari 2008.... takpa tarikh tuh tak penting ... takda beza pun confirm awal atau lambat... yg penting dah confirm...
laksamana
August 21, 2009   02:35 PM PDT
 
kusangkakan post berkenaan ramadhan karim..

hahh.. ari sabtu ni belanja nasi lemak kt seksyen 3!
eT
August 21, 2009   01:18 PM PDT
 
haha..sabtu tgh heh?
boley..open je la table tuh..:p
bang am
August 21, 2009   12:46 PM PDT
 
ash: awalnya ko dlm servis... aku 18/12 ni baru genap.

eT: tradisi yer.. hari sabtu, tghari leh open table?? hahahahaha...
Indrasakty
August 20, 2009   08:53 PM PDT
 
Wah, tahniah.

Aku pun berjaya dapat surat yang sama beberapa hari sudah. Bezanya, aku 28 Sept 2008, dan dah genap 3 tahun pun servis.

Kau start 2006 juga kan Bang Aji?
eT
August 20, 2009   08:29 AM PDT
 
pelaga..open table la beb..tradisi org keje la kata..:p
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

BIODATA AKU NIH



NAMA : Bang Am a.k.a Bang Aji
TARIKH LAHIR : 14 Jun 1982
YAHOO ID : murtabakayam


   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed