BIODATA AKU NIH



NAMA : Bang Am a.k.a Bang Aji
TARIKH LAHIR : 14 Jun 1982
YAHOO ID : murtabakayam


   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, September 10, 2009
Suka2 Ati Ko Jek Nak Ganyang Malaysia!!

Mengamuk sudah rakyat Indonesia dengan negara Malaysia. Isunya kerana kesilapan Discovery Channel mempromosikan tarian Pendet Bali sebagai tarian budaya daripada Malaysia.

 

Akibatnya, dilancarkan satu gerakan “Benteng Demokrasi Rakyat” menggerakkan kempen mengusir rakyat Malaysia dalam satu insiden di Jalan Diponegoro, Jakarta. Kenderaan yang melalui jalan itu diminta menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan mereka rakyat Indonesia. Jika rakyat Malaysia, sama ada dihalau ataupun boleh jadi dibedal sampai pecah muka.

 

Aku dah tengok loratnya rakyat Indonesia sampai nak menghalau rakyat Malaysia. Ada pertubuhan NGO yang menaungi kempen itu. Memang bersemangat nampaknya atas nama perpaduan bangsa Indonesia.

 

Sekarang aku dok tunggu2 keberanian kita mencabar mereka pula. Umum tahu terdapat sejuta lebih rakyat Indonesia masuk ke negara kita sama ada melalui jalan halal mahupun jalan haram. Tunjukkan pada Indonesia, bukan mereka sahaja boleh menghalau rakyat kita, malah kita juga boleh menghalau rakyat mereka.

 

Aku nak tengok keberanian “menghalau” mereka itu datangnya daripada NGO bertaraf pembela bangsa seperti PEWARIS, PPIM, PERSAKA, PEKIDA, BBPM.. bla..bla..bla.. Biar diorang kecut perut tengok kegarangan kita. Biar terkeluar isi perut mereka dengar makian lucah kita… Biar orang bersongkok tinggi yang jadi tukang ugut dan pembakar semangat perjuangan kita…. Jihad untuk negara!!

 

Takkan berani bukak gelanggang silat sebelah kuil saja. Takkan berani tunjuk samseng dengan Menteri Besar saja. Takkan berani usung dan pijak kepala lembu saja….

 

Soalnya, adakah semua itu menggambarkan sifat2 seorang Islam sejati?? Adakah pergaduhan sebegini membangkitkan semangat jihad dan perjuangan syahid?? Tepuk dada, tanyalah hati…

 

Kepada warga Indonesia dan warga Malaysia… kita ni satu rumpun. Hangpa nak gaduh banyak2 pun, beringat sama laaa yang duit dari Malaysia nie la dok tolong bantu rakyat hangpa kat sana. Bukan kecik anak depa yang dok keje kat sini. Yang orang kita ni plak, jangan rasa besar diri sangat.. beringat laaa yg umah batu kita duduk nie, depa laaa para tukangnya… kalo x, sapa nak buat umah korang?? Nak harap orang kita, keje nak rilek, tapi gaji nak banyak!!! Mana nak keje sampai pecah tangan!!



Elleh... Samseng abeh laaa tuuu ikat kepala mcm rambo!! Tu yg jaket tu larat ka nak angkat buloh?? perut pon boroi semacam!!

Posted at 03:57 pm by Bang Am

Tanpa Nama
September 26, 2009   09:57 PM PDT
 
Ada pihak tertentu dalam negara Indonesia yang nak mengalih isu tu. Baru-baru ni kerajaan Indonesia kurangkan subsidi minyak kat negara tu. Cara terbaik untuk memadamkan isu rasuah, korupsi dan salah guna kuasa - dengan cara mencipta satu musuh luar supaya perhatian rakyat terubah daripada isu dalam negara yang lebih penting.
bang am
September 17, 2009   01:46 AM PDT
 
isu kecik xkecik pon, kiranya bleh jadi mati laaa org malaysia kalo ada kat jalan diponegoro haritu!! xpasal2 mati. tah2 dia pon xtau ada rancangan discovery channel pasal promote malaysia tu..!!
Mrs. Asida
September 16, 2009   07:09 PM PDT
 
kerajaan diorg saja nak panaskan isu ni. At least rakyat diorg duduk sibuk mogok/marah malaysia daripada marah/moogok kerajaan diorg sebab tak ada keje. Ini satu cara diorg untuk melepaskan tension dek desakan hidup.
Taktik yg sama, asyik bangkitkan isu ntah apa2 tak.
Pastu nak mintak maap ngan malaysia. tu pun sure tunggu sampai 2 3 minggu pas raya.
Channel tu, yg duduk tunjuk tarian tu masa promote malaysia, apa ke halnya? tunjuklah tarian kita.. berapa byk jenis tarian yg kita ada..
isu ni x besar mana pun.. saje diorg nk besar2kan. especially bloggers ni. termasuklah hang haji ikram.. hehe jgn marah noo.. :)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry