Adakah semua orang ada habit buruk masing2?? Xtau nak cakap,
tp kebanyakan kawan2 aku mmg ada kepelikan tersendiri.
Apakah jenis kepelikan yg pernah aku jumpa:
Gigit
kuku. Lama2 jadi buruk kuku tangan dia.
Cium
bau dompet. Time tgh baring2 tgk TV, dia bawak kuar dompet, usha2 isi dompet,
pehtu apalaga…. Cium laaa sket!!
Bau cagu
kaki. Peeehhh!! Yg nie memang paling high laaa beb… lps potong jari kaki,
korek tang tepi2 ibu jari tu, pehtu terkeluar laaa taik2 hitam tu.. pehtu
try tarik sket.. peeehhh!! Memang mengasyikkan!!
Cium bau
ketiak. Ni pon satu mcm punya layan. Balik2 lps bersukan ke, main futsal,
terus pi baring kat katil. Pehtu dah dok sorang2 tu, mula laaa bau ketiak.
Hmmm… syok ke??!!
Tidur sambil
sila panggung. Xtau laaa apa yg seronok sgt. Tp mmg terasa kebongkakan
laaaa kalo dpt tido mcm nie.
Ada
lagi yg geli2, tp dah mcm tahap fear factor plak. Takut hangpa termuntah plak
satgi… huhuhu…
Pendapat ni bukan bermaksud aku
100% setuju dengan demonstrasi yg dah berlaku beberapa hari lepas. Pandangan yg
didasarkan atas logik kapla hotak aku semata-mata… huhuhu…
Peniaga kata perhimpunan haram
merugikan depa… kesian!!! Peniaga2 ni terlupa yg pengunjung2 perhimpunan ni
sebenarnya yg boleh datangkan keuntungan berlipat kali ganda pada depa. Bayangkan
demonstran yg ramai2 dari seluruh negara tu datang ke kawasan Jalan TAR. Sambil2
dok berarak mengutuk ISA tu, sambil2 tu laaa depa bleh beli air sirap, nak usha
kain pelikat, beli jam tiruan, kopok leko, bla..bla..bla… peeehhh!! Untung sama
mcm meniaga bulan puasa bai!!!
Perhimpunan anti ISA ni tak ada
bezanya dengan perhimpunan Sambutan Tahun Baru, sambutan Hari Kebangsaan, karnival
beli belah di Jalan Masjid India,
hatta Perarakan Maulidul Rasul. Persamaannya, perhimpunan2 ini memerlukan org
ramai sebagai peserta, ada plak peniaga2 dok cari makan dengan meniaga, dan
adanya polis utk jaga keselamatan.
OK, mengapa plak jadi huru-hara??
Sebab utamanya, polis dah halang awal2 lagi, atas alasan menjaga ketenteraman
awam. Kemudian, penganjur demonstran plak pakat degil nak teruskan perhimpunan
depa, atas alasan nak depa bukan nak buat huru-hara. Depa nak berdemo secara
aman saja.
Dengan kedegilan itu memaksa
polis a.k.a FRU berhimpun bersama topi merahnya di kawasan perhimpunan. Ungkapan
“Sila bersurai atau kami akan suraikan secara kekerasan!!”
tu akan berkumandang sekiranya demonstrator terus berdegil di atas jalan raya. Dengan
tersemburnya water cannon itu, bertempiaranlah makhluk2 sekalian melarikan diri
hingga memaksa peniaga2 turut tutup bisnes. Dengan tindakan itu juga, tercetus
reaksi yg berlebihan daripada penunjuk perasaan sehingga terjadinya kejadian baker
tong sampah, baling batu, maki-memaki, dsb.
Provokasi ada di mana-mana
sebenarnya. Bukan saja di perhimpunan anti ISA, malah perhimpunan tahun baru,
hari kebangsaan, konsert Search di Awan Biru, dsb. Apa yg penting, macam mana
polis memberi reaksi kepada sesuatu perhimpunan tersebut. Tak kurang penting
juga,macam mana para penunjuk perasaan respond kepada gerak-geri anggota Polis.
Cadangan aku, kalo hangpa nak
berhimpun, buat jek laaa kat stadium mana2, mcm yg depa buat Konsert Jilat
Carburetor Dung dulu tuuuu… bila buat dalam premis yg tertutup, selalunya
terkawal laaaa.. pakcik makcik peniaga pon xdak hal la nak meniaga kacang rebus
utk org berdemo. Polis plak, jangan laaa pancung sebarangan permohonan depa. Sebabnya,
bila kita xbenarkan, akan berlakunya cubaan org2 tertentu mewujudkan persepsi negatif
kepada polis.
Yang kedua, kalo laa hangpa dah
desperate sangat nak berarak, cuba
laaaa gunakan kaki lima
jek.. kalo hangpa dah melimpah sampai atas jalan, memang laaa jammed gila babun…
tu mula laaa pemandu kereta nak memaki hangpa… huhuhuhu…
Pokok pangkalnya, aku suka
perhimpunan. Sebabnya, ia mematangkan demokrasi rakyat dan jugak bagi masyuk
kat peniaga2 melayu menjana pendapatan. Tapi tgk laa plak perhimpunan tu, apa
tujuannya. Bukan aku setuju tujuan semua perhimpunan yg orang kita dah buat
selama ni!!!
Hari ni aku pi ke PTPTN KL
Sentral, nak tolong uruskan bayaran loan utk ET. Ramai orang dok tunggu Q hari
ni. Yg sahihnya, ramai muka yg bebudak lagi la… Dgn seluar jeans, baju kecik
mcm beli kat bundle, kasut ala2 Converse All Star. Tp, yg xkalah… handphone la…
canggih gila babun sorang2…
Hebat sungguh, mmg handphone
up-to-date punya. Memang pakai telan air lioq jek laaa kalo yg xmampu nak beli
tuuu… pastinya bebudak student UiTM la yg paling loaded. Pasal yuran dah ler
murah, kalo tolak loan pon, bape sangat laaa yg luak… huhuhuhu…..
Adik2 semua…. Meh la aku nak
bagitau…… aku dah lalu daaahh zaman2 mcm korang niiii!! Zaman bergaya dgn duit
loan!!! Huhuhu…. Dgn duit loan PTPTN, aku beli seluar jeans, aku beli t-shirt
mahal, beli boot Dr. Cardin, beli sandal Neckermann (ada lagi x sandal jenama
tu skang??), beli Sony Discman, berapa kali guna duit loan pi tukar spray motor
jaguh, pi berjoli melepak sambil makan2 kat Uptown Damansara, Doraisamy...
peeehh!! Makan asyik2 nak pi fast food jek!!! CD cetak rompak Petaling Street tu
dah untung sakan dek kerana aku dok jadi tukang beli!!
Haaa…… waktu korang dok belanja
sakan time tu, nafsu shopping tgh dok sakan kan… korang takkan terlintas laaa yg korang
kena bayar balik loan tu. Nanti bila dah kerja, bila PTPTN dah mula hantar surat amaran bayar balik
(bersekali dgn sabda Nabi SAW.. huhu.. pandai tul puak ni nak suh bayar!!),
time tu baru laa korang rasa rugi kalo dok boros xtentu hala. Jgn jadi mcm aku,
tepaksa menggagau wat personal loan semata2 nak cover hutang PTPTN!! Aku peringatkan
jek, nak dengar ka, nak wat2 pekak ka, aku xpedulik pon!!
(loan masuk lambat, hangpa
panggil PTPTipu, loan dah masyuk, hangpa pon boros sakan, bila time nak bayar,
mula laaa buat alasan mcm2….!!! Tapi, aku nak kena ingatkan, ENTRY
NIBUKAN
LER NAK KENEN ORANG YG BETUL2 GUNAKAN LOAN UTK TUJUAN YG BAIK; TOLONG FAMILY
SUSAH, BELI KEPERLUAN STUDY, BLA..BLA..BLA…!! NI KHAS UTK ORANG YG PERANGAI MCM
AKU TIME STUDY DULU!!)
Masalah di Malaysia selepas 8 Mac
2008, sesiapa yg bercakap soal perjuangan Melayu (hak istimewa orang Melayu,
biasiswa, DEB), ia dituduh racist, perkauman sempit, bla..bla..bla.. Tapi, bila
bercakap soal yg mengguris org melayu, seperti nak buka kuota Bumiputera dlm
biasiswa, ekonomi, mempertikaikan kuasa Raja dan Sultan, mengutamakan bahasa
ibunda sendiri berbanding Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, kalo yg
itu takpa… itu perjuangan demokrasi dan memartabatkan hak asasi manusia….
Tengkorak hangpa!!
Itulah masalah negara Malaysia,
negara yg kononnya dah mencapai kesepaduan rakyat berbilang kaum. Kita nie cuma
hidup dlm suasana berbilang kaum saja, belum tercapai kesepaduannya. Sebabnya
tak lain daripada kesan dasar pecah dan perintah yg dilakukan British sejak
zaman penjajahan dulukala.
Realitinya, Malaysia
tidak boleh ada rakyat yg sekadar memperjuangkan nasib bangsa mereka semata2.
Please lah!! Tolong tinggalkan jenama racist kita semua!! Itulah seruan yg dah
lama ditinggalkan Rasulullah SAW, “bukanlah daripada kaumku mereka yg
mengamalkan assobiyah!!” Masanya dah sampai utk kita kembali kepada perpaduan
Islam. Seruan agama, kalo betul2 dihayati oleh semua, dah tentu tak akan ada yg
memperjuangkan bangsa sendiri saja.
Dan masalah akan terus melarat….
Kerana manusia sudah tidak mampu berfikir betapa agama mampu menjadi perungkai
masalah ummah sejagat…. Sekadar peringatan, Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yg mengubahnya!! Sedarlah utk berubah
demi perpaduan negara kita!!
Kerja sebagai drebar bas memang satu kerja yg sangat mulia. Tp, bukan bermakna orang yg bekerja sebagai drebar bas itu mengikuti kemuliaan yang ada pada jawatannya.
Hari selasa lps, aku menaiki bas ekspres dari Johor Baru ke Shah Alam. Bas bertolak pukul 4:35 ptg. Kebetulan di Taman Sri Putri, Skudai, ada sorang makcik yg baru naik. Dihantar oleh anak lelakinya, sambil memesan kepada drebar utk tengok2an maknya, yg xbiasa naik bas. OK la… awal2 memang cantik.
Sampai di Hentian Machap, bas berhenti rehat. Makcik ni belum solat asar nampaknya. Tp dia takut nak solat, pasal dia ingatkan bas berhenti kejap jek. Bila drebar dah mula nak bertolak, mula la makcik ni tanya, "anak… bas ni berhenti lagi x?? makcik xsemayang lagi ni.. ingatkan tadi bas berhenti kejap jek!!"… Nampaknya, bas xdak plan nak berhenti dlm masa terdekat. Pakai xsolat asar laa makcik tu.
Sampai di Petronas R&R Seremban. Bas berhenti utk bubuh minyak. Aku pesan kat drebar tu, "saya pi sembahyang jap".. drebar tu paham (w/pon aku xnampak yg dia sembahyang kt R&R tu!!). Makcik tua ni pon sekali lagi bertanya, "Nak…. Berhenti lama x?? Makcik nak sembahyang jap ni!!". Mendengarkan itu, drebar pon pesan laa kat aku, "ajak laaa makcik tu sekali!!"… maka pi la kami ke surau utk solat jamak maghrib & isyak.
Lps 10 minit, aku dah balik ke bas. Standard laki la, bukan nak bersiap pe sgt. Tp, xkan laa aku nak tunggu makcik tu sampai siap. Aku tgk, bas dah beralih tmpt parking. Mungkin xnak bagi kaco orang lain nak tuang minyak. Dah lebih 10 minit aku naik bas, makcik tu xmuncul2. Terdengar dah drebar nie dok mengomel sorang2.
Kemudian, terdengar drebar tu memekik, "sini laaa.. bas kat sini!!"… aku ingat dia terpekik2 kat sapa… Lps tu ternampak laa kelibat makcik nie tergocoh2 naik ke bas… dengar lagi suara drebar yang dah disampuk setan gamaknya, "cepat sikit laaaa… orang dah bagi peluang semayang lambat pulak!!!". Makcik tu dgn termengah2 mintak maaf, "mintak maaf laaa nak, makcik terlambat pulak… xperasan bas dah parking kat sini!!"
Jam 9:10 pm, kami sampai di bus stand Seksyen 17, Shah Alam. Makcik pon rupanya nak pi ke Shah Alam… Tp, dia xpasti tempatnya, pasal dia xbiasa naik bas. Dia tanya dgn aku, "Nak.. ini stesen Shah Alam yer?"… Aku pon explain, "ye makcik… nak pi Shah Alam ke?? Kita turun kat sini la.. Lps ni bas pi Klang"… aku bagi makcik tu turun dulu. Sebelum nak turun, dia sempat lagi bertanya dgn drebar bas, "nak.. ini stesen Shah Alam yer?? Maaf laa makcik ni xbiasa naik bas. Datang Shah Alam pon kalo xterpaksa, xde laa makcik datang!!"… tp, yg geramnya, drebar ni buat deeeerrrrk jek!!! Pekak badak telinga kuali ka, ke hati lembu?? Kali ni time aku plak nak bahasakan drebar tu….
"Berbudi bahasa sikit!!! Gaji ko tu kami semua yg bayar!!"
Walaupun orang tu tua sebaya pakcik2 aku, tp memandangkan dia xreti nak respek orang, sori laaa… you'll never get my respect!! Aku terdengar sayup2 dia maki aku, tp aku peduli apa. Aku passanger a.k.a bos. Ko tu kuli aku ngan makcik tu jek!! You're nobody, man!!
Kesian kat makcik tu, aku tanya kat dia, "makcik ni, ada orang datang jemput ke??".. Dia kata ada, tp xtau camne nak contact. Telefon pon xdak… Cuma dia ada catat no contact anak dia yg stay kat Shah Alam ni. Aku laa yg tolong contactnya…. Aku suh makcik tu duduk kat tmpt yg ada kerusi, sian nak berdiri lama2. Kebetulan plak ET dah nak sampai, terpaksa tinggalkan makcik tu menunggu… Tp, macam menusuk gak kat jantung bila dia cakap, "makcik susahkan kamu jek nak…. Dapat banyak pahala kamu hari ni!!".. huhuhu.. xtau laa kalo pahala tu xsempat dapat pasal aku dah maki drebar bas tu!!
Sejak
aku jadi suami kepada RS nih, rasanya ramai orang yg dok silap faham. Depa dok
ingat yg aku la RS. Setakat nie dah dua kali insiden org dok silap paham pasal
aku:
Cerita pertama
Satu hari, aku baru sehari pindah ke Perindu. Besa laa,
pak guard pn xkenai lagi. Kira dok kena tahan laaa aku nie...
Guard: Encik, nak tanya, nak jumpa sapa kat
Perindu?
Aku: Eh!! Nak balik rumah saya la!!
Guard: Oooo.. Nie la RS baru tu yer?? Sorry
Encik….
Aku: Iye ler... dah depa bagi. Kami terima jek (tersengih menunjukkan gigi yg ada sisa2
makanan!)
Cerita
Kedua
Semalam kami satu family turun le ke Dewan Serbaguna
kolej. Ada sesi promosi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Dgn aku yg dok
kelek si Dania, AJK majlis pon mula laa usher kitorang...
AJK: Errr... assalamualaikum, Encik. Encik
nie, Pegawai Pembangunan Pelajar ke?? (tu adalah nama official bagi RS)
Aku: Waalaikumussalam... Oooo... dak lah.... Isteri
saya RS, saya nie suami RS, bodyguard dia jek!!
AJK: Opps.. sorry.. tersilap sket!!
Itu part aku la... Yg
nak bagi aku panas plak, hari Rabu lps, ada sesi Taklimat Pelajar Kolej dengan
Pengetua Kolej Perindu. Peeehhh... budak2 laki punya gatai teloq, mentang2 laa
ET sorang ja wanita dlm kolej, bukan main lagi depa dok phewwit, bersorak
sakan. Aku & Dania dok dengar jek dari atas sambil telinga aku yg berdesing
terus bernanah.. hahaha..
Baru bangun jek bebudak dah tepuk tangan.
ET: Assalamualaikum... Saya Nor Maziati binti
Bakar.
Budak2: Waalaikumussalammmmm!!! (tuuu dia
punya nyaring)
JK Kolej: Wah!! Tadi jawab salam pn
xsemangat!!
ET: Saya dah berkhidmat dgn UiTM selama 3
tahun....
Budak2: (Tepuk tangan tanda sokongan!)
Aku (dalam ati): Woi, budak!! Tu wife aku
aaaa!! Tabuh satgi!! (hahaha!!)
Aku adalah budak yang betui2
sayang gila babun dgn UiTM Shah Alam.
Tahun 2000, aku ditawarkan
belajar course Dip. Sains Komputer, UiTM Shah Alam. Kebetulan aku dapat offer
Dip. Elektrik Perubatan, British Malaysia Institute ngan Degree IT di UNITEN. BMI
dgn UNITEN sebabnya, UiTM MURAH LAAA BEB!!! hehehe…. Jadi la aku budak UiTM.
Tahun 2003, aku dpt offer sambung
degree. Course Data Communication & Networking (dikenali sebagai NETS)
CS225. Masa tu, sekali lagi aku dpt offer dari UNITEN. Itu jam gak laaa aku
tolak sebab, UiTM MASIH LAGI MURAH!!!
2006, aku extend 1 semester. Aku plak
maleh bayar yuran awal… Sampai UiTM hantar surat GT (Gugur Taraf) kat aku. Meraban &
menggelabah la aku jap. Tp, xlama masalah nie selesai, aku diterima balik jadi
student slps aku bayar yuran. Dpt jugak aku selesaikan final project.. Oleh
sebab aku sayang UiTM, maka UiTM pon sayang sangat ler dgn aku!!! hahaha!!
UiTM Shah Alam adalah tempat aku
bertemu jodoh dgn ET.. hehe.. nostalgik beb!!
2009, kami jadi penghuni UiTM. ET
dah dilantik jadi RS (Resident Staff). Huhuhu… Jgn memain!! Kami dok di Kolej
Perindu!! Sah2 ler aku tukang wat spot check lps ni!! Xkan pompuan plak nak pi
suluh budak laki isap rokok!! Hahahaha! Padahal nie laaa kolej yg aku duduk 9
tahun lps!!!
Hari Jumaat sampai Ahad lepas,
kembara sufi anak beranak meneruskan perjalanan. Jumaat ada di Jengka. Sabtu
ada di Melaka & Johor. Ahad aku balik semula ke Seri Kembangan.
Jengka balik melawat pak mentua
yg demam xkebah2, pi Melaka kenduri Netty NETS kawen. Pi Johor, ada kenduri kat
Rengit & pi melawat mak sedara aku. Nampak mcm xbanyak tempat aku melawat kan.
Tp, kalo list semula, peeehhh!!! Rupanya
aku dah jelajah 41 kawasan Parlimen dalam masa 3 hari!!! Kalah Kembara Tengku
Mahkota Johor!!!
Nie dia punya summary dari mula
berjalan, sampai laaa semalam!!:-
Hari Pertama
Parlimen Puchong:
Kawasan umah Ayah aku.
Parlimen Petaling
Jaya Selatan: Sunway
Parlimen Kelana Jaya:
Kawasan Kompleks Sukan PKNS
Parlimen Petaling
Jaya Utara: Kawasan SS4
Parlimen Subang:
One Utama
Parlimen Segambut:
Sungai Penchala
Parlimen Batu:
Kawasan orang dok main layang2 kat MRR2 tu…
Parlimen Gombak: BatuCaves
Parlimen Bentong:
Janda Baik, Bukit Tinggi, Karak.
Parlimen Temerloh:
Pekan Temerloh.
Parlimen Maran:
Jengka 5 (umah pak mentua aku daaa!!)
Hari Kedua
Parlimen Maran: Umah pak mentua aku.
Parlimen Temerloh: Pekan Temerloh.
Parlimen Bera:
Pekan Bera, Triang, Kemayan.
Parlimen Jelebu:
FELDA Sg Lui
Parlimen Jempol:
Bandar Sri Jempol, Batu Kikir.
Parlimen Kuala Pilah:
Pekan Kuala Pilah, Senaling, Johol.
Parlimen Tampin:
Pekan Tampin.
Parlimen Alor Gajah:
Pulau Sebang
Parlimen Tangga Batu:
Bukit Rambai, Tangga Batu (kenduri Netty NETS)
Parlimen Kota Melaka:
UiTM Kampus Bandaraya
Parlimen Bukit Katil:
Kandang
Parlimen Jasin:
Umbai, Serkam.
Parlimen Muar:
Bandar Muar, Sungai Balang.
Parlimen Parit Sulong:
Pekan Semerah
Parlimen Batu Pahat:
Batu Pahat, Rengit (kenduri member ET)
Parlimen Pontian:
Benut, Pontian
Parlimen Gelang Patah:
UTM Skudai
Parlimen Pasir Gudang:
Permas Jaya, Plentong, Taman Mawar (umah Mak Ngah aku!)
Hari Ketiga
Parlimen Pasir Gudang: Umah Mak Ngah aku
Parlimen Johor Bahru:
Larkin
Parlimen Pulai:
Pantai Lido, DangaBay
Parlimen Gelang Patah: Skudai (masuk highway)
Parlimen Kulai: Senai
Parlimen Simpang
Renggam: Exit Machap
Parlimen Ayer Hitam:
Pekan Ayer Hitam, Yong Peng
Parlimen Sri Gading:
Estate sebelum sampai Simpang Highway PLUS Yong Peng Selatan
Parlimen Labis:
Chaah, Pekan Labis.
Parlimen Sekijang:
FELDA Redong
Parlimen Segamat:
Bandar Segamat, Buloh Kasap
Parlimen Tampin: Gemas, Gemencheh, Tampin.
Parlimen Rembau:
Rembau, Pedas (masuk highway semula)
Parlimen Rasah:
Senawang
Parlimen Seremban:
Nilai
Parlimen Serdang:
Bangi Lama
Parlimen Sepang:
Sungai Merab
Parlimen Puchong: sampai ler ke rumah den!!
Kalo hangpa terer, tanpa menggunakan Garmin, MapKing, & Google
Map, jalan2 manakah yang telah aku gunakan??
Cerita ni daripada ayah aku. Kebetulan
YB nie sorang penceramah yg terkenal. Satu hari, beliau dijemput utk datang
berceramah, sambil menjual barang2 utk didermakan kepada orang susah di kawasan
beliau.
Nak jadi cerita, hari tu, KL jam
gila. Sangkut abeh manusia. Ikut janji, YB ni patut sampai ke surau tu dlm
waktu maghrib la, jemaah sekali, then boleh bagi kuliah maghrib terus. Tp,
disebabkan kelambatan tu, dia hanya sampai pukul 8.30 mlm. Jemaah dah
dimaklumkan. Kira setel la kan.
Sampai2, terus ja dia pi ke
microfon n duduk. Muka masam semacam. Urusetia masjid bagi wireless mic, tah
apa angin dia, test2 xberkenan.. Tukar mic lain… muka dok masam lagi…
Maka bermula la ceramah… Yg
xsedapnya, ustaz tu cakap mcm ni… “Tadi saya sangkut dlm jam, teruk!!! Kalau nak diikutkan,
malam ni nak bagi ceramah pun dah xdak mood!!”
Kisah 2
YB nie mmg dah terkenal sebagai
bengkeng, gedebe, samseng… bla..bla..bla… Satu hari, ada perbahasan tentang
satu perkara di Parlimen. Gamaknya dia dok tunggu turn dia xsampai, sampai satu
tahap, dia mengamuk2, membentak2 mcm budak2 kat speaker. “Tak adil!!”, “Tak
betul!!”.. abeh dia merepek macam2.
Jadi speaker kemudian bagi la
peluang utk dia berucap atas kapasitinya yg xmewakili mana2 parti. Cheee!! Bangun
pon mcm xsemangat dah. Tp, bangun la gak.. dah YB kan… Yang Bergian2…. Gian nak cakap daaaa!! Hehe…
“Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kalo nak
ikutkan, hari ni nak berbahas pon, mood dah kurang….!!”
***
Senang cerita, pasal mood la. Nak
jadi pemimpin, kena tahan laaa hal2 remeh ni. Memang la fitrah manusia ada
kekurangan dan khilaf. Perasaan tension memang ada. Tp, lagi cantik kan kalo kita tunjuk
cool jek. Hmmm… kalo setakat traffic jam pon dah lemau, xleh sabar, peluang nak
berbahas pon xbleh ada sifat nak menunggu.. toksah jadi pemimpin laaa!!! Mcm mana
laaa dia nak tahan pressure daripada pengundi kawasan dia nanti….!! Jangan
nanti sikit2 salahkan orang tu, orang ni… kawan tu xbetul, sewel,
bla..bla..bla..