Entry: Melayu, Jadi Laaa Islam Piau!! Saturday, August 29, 2009
Hari ni aku nak kritik bangsa aku sendiri. Bangsa lain, depa punya pasal… "Bagi aku, agama aku. Bagi kamu, agama kamu!!"
Semalam ada demonstrasi bantah pembinaan kuil yang dicadangkan di Seksyen 23, Shah Alam. Demo yang diadakan di depan Bangunan SUK, Shah Alam tu menjadi kontroversi kerana perarakan membawa kepala lembu, kononnya menyindir pemimpin yang menjadi "lembu dicucuk hidung".
Demo tu dah bagus… sebab depa buat secara aman. Tapi, yg tak sedapnya, awat yg hangpa pi menghina agama orang lain tu dgn kepala lembu tuuuu wei?? Ni la perangai orang Melayu, ni bukan perangai orang Islam!!! Islam tak pernah ajar umatnya menghina agama lain, walaupun jelas dan nyata kebenaran Islam tu.
Kita kata, semua perbuatan nie disebabkan provokasi melampau bukan Islam sejak kebelakangan ni…. Come on laaaa…. Kalo depa terjun lubang taik, hangpa nak terjun gak ka?? Kalo depa bunuh diri, hangpa pon nak bunuh diri?? Kalo depa mabuk todi, hangpa pon nak cuba2 mabuk brandi?? Ada Allah ajar kita melampaui batas?? Cuba laaa jadi Islam sejati, bukan Islam plastik bang oiiii!! (mcm pernah dengar jek ayat ni… huhuhu)
Ingat… kita hina agama orang, orang akan balas lagi teruk!!
Ni betui punya takdak akhlak!! Jangan laaa dok tunjuk samseng jadi Melayu tu… Tak bawak pi syurga oiii!!
1 comments
Mrs. Asida September 10, 2009 06:31 AM PDT inilah masalahnya orang2 melayu islam kita. Dah pening fikir pasal depa. Buat mende ikut dan depa ja. Macam cerita syarifah amani berlakon itu hari. Punyalah marah kalau org melayu islam lain buat maksiat, nak berjihad konon.. aleh2 dia ngan ustaz tu pulak yg buat. aiseh paku dulang paku serpih.. hangpa jawablah sendiri!!